Rehabilitasi & Orthopedik

Rawatan Trigger Finger ( Jari Tidak Boleh Lurus )

Satu keadaan di mana jari anda tersangkut di posisi bengkok dipanggil “Trigger Finger”. Ia akan mengeluarkan bunyi “pop” semasa diluruskan.Jari mungkin tersangkut dan kekal bengkok apabila keadaan menjadi teruk. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan rasa sakit. 

Jom tempah slot temujanji untuk mendapatkan rawatan trigger finger anda di Poliklinik Dr. Medic yaaa 🥰

Plantar Fasciitis  ( Sakit Tumit Kaki )

Plantar Fasciitis adalah keadaan yang menjejaskan tumit kaki. Ligamen yang menghubungkan tulang tumit ke jari kaki, yang dikenali sebagai Plantar Fascia. 

Ianya akan menjadi lemah, bengkak, dan jengkel yang membawa kepada keradangan.


Jika anda sering sakit dibahagian tumit kaki, segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut. nojbuoo

CARPAL TUNNEL SYNDROME ( Sakit Pergelangan Tangan )

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) adalah keadaan di mana saraf median di pergelangan tangan terhimpit. Ini menyebabkan gejala seperti kebas, kesemutan, dan kesakitan di jari-jari, terutama pada ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah. 

Keadaan ini boleh berlaku akibat pergerakan tangan yang berulang-ulang atau masalah kesihatan seperti kencing manis.