Skim Perubatan MADANI

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah ( STR ) boleh mendapatkan rawatan di Poliklinik Dr. Medic yang telah berdaftar dibawah skim ini. 

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di Poliklinik Dr. Medic yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.


Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:

Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023.

Rawatan yang tidak termasuk adalah 1) Imunisasi Rutin; 2) Saringan Kesihatan; 3) Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin; 4) Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin; 5) Perancangan Keluarga Rutin; 6) Perkhidmatan Rehabilitasi; 7) Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor; dan 8) Permintaan Suplemen.


Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat seperti yang dinyatakan di laman web kami.